pengalaman sebagai seorang jobseeker (bahagian 1)
Assalamualaikum, ini kali pertama kali aku buat blog, so klau ada kekurangan tu harap diampun~ huhuππ
Ok, berkenaan dengan title tajuk kt blog aku ni, aku nak ceritakan sikit pengalaman sebagai seorang jobseeker. Sebelum tu korang ka maksud jobseeker tu? hehe aku bgtau maksudnya seseorang yang 'unemployed' ataupun tidak bermajikan (takde boss la.. hehe) dan sedang mencari kerja....
![]() |
Inilah rupa jobseeker... hehe gurau ja :P |
hohoho, sekarang da faham la kan jobseeker tu apa maksudnya kan? bagus alhamdulillah tambah satu pengetahuan bagi yang mereka belum tahu lagiπ
Ok, aku nk share pengalaman aku menjadi jobseeker selama beberapa bulan. mencari pekerjaan ni bukanlah semudah ABC, kebanyakkan daripada mereka jenis cerewet dalam memilih pekerja. Mereka menilai kita dari pelbagai aspek antara yang secara fizikalnya mereka melihat:
1) personaliti/karakter (cara ko cakap,postur badan dll)
2) pemakaian (kemas, selekeh,melebih2 or sederhana)
![]() |
Logo kedai Mr. DIY |
Pengalaman minta kerja di Mr. DIY
Sejurus selepas aku habis belajar kereta dan lulus lesen kereta, aku tanya kawan2 aku diaorang kerja apa... kebanyakkan semua kerja di mall. ada juga kerja kat kedai biasa2. so, oleh sebab tu benda pertama muncul kt minda nk pi jalan2 kt supermarket. Aku pon pi la supermarket Tesco dengan motor Honda Dash ayah aku...
Mula2 macam2 aku tengok jawatan kosong kat supermarket Tesco kat kawasan rumah aku. Tapi kebanyakkanya semua minta pekerja wanita/perempuan. So, time tu aku rasa macam dunia tak adil ja..... kenapa mesti perempuan ja bole kerja tempat sekian2....π π π Terpaksa la aku terima juga memandangkan memang relitinya sebegitu... aku tak mengaku kalah, sampailah aku jumpa mr DIY. kedai yang femes dengan perkakasnya yang menarik dan jarang ditemui di kedai malaysia (da macam kedai alat doraemon da huhu)....
Sampai di dalam kedai tu, ramai gila customer tengah duk beratur bayar barang yang diaorg beli. Time tu la aku nampak jawatan kosong tertampal kt tepi dinding. Aku ni jenis malu sikit so aku tggu la diaorg habis dlu baru aku tanya.
"assalamualaikum, nak tanya sini ada kerja kosong lagi tak?"
ppuan tu pon jawap "waalaikumsalam, awak isi borang dlu, nnti klau ada supervisor call".
aku pon isi la smpai penuh. aku apply posisi sebagai promoter.. Ni aku bagi tips sikit... Masa isi tu make sure korang DOUBLE CHECK balik korang punya borang... tak pasal2 supervisor tu da berminat nk lantik korang kerja data salah xleh nk contact. sape rugi, korang juga kan.. hehe
Tapi apakan daya, aku tunggu sampai 3-4 hari x call2... hmmm nampaknya ada pesaing yang lebih baik diaorg amik sebagai pekerja.. So, aku tak stop sampai situ ja.. sebab tu la aku jadi jobseeker .... hehe nnti kalau aku free aku sambung utk pengalaman menjadi jobseeker... mohon maaf klau ada salah dan silap sebab 1st time buat blog πππ
Hahahahha njir.. Mati ii ingat dh dapat kerjaπ
ReplyDeleteokay lah tu paling kurang dia belajar perkataan baru
DeleteDh dpt ke keje mr diy. Sy nk try jugak ni
ReplyDeletePe cite sekarang?????
ReplyDelete